31 July 2010
25 July 2010
23 July 2010
08 July 2010
Musuh-Musuh Jahil:
Manusia mudah memusuhi perkara-perkara yang mereka tidak tahu dan yang paling menjengkelkan adalah mereka-mereka yang membentuk satu perjuangan berasaskan perkara-perkara yang mereka tidak tahu tetapi terlalu mempercayainya sehingga menganggap perkara tersebut sebagai benar.
Aku menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri. Aku menyokongnya kerana aku tahu apa yang aku perlu tahu. Namun aku rasa adalah perlu sekiranya ISA itu dipinda namun untuk menghapuskan sama sekali aku rasa ianya membahayakan negara.
Aku ada terbaca beberapa petikan tokoh tokoh politik hari ini tentang penghapusan ISA. Kata salah seorang daripada mereka dengan penuh kesombongan dan kebodohan bahawa ISA perlu dihapuskan kerana komunis sudah tidak ada lagi di Tanah Melayu. Bukankah bodoh kenyataan sebegitu? Kata kunci: Gejala Subversif.
Bukan mudah untuk meneraju sesebuah negara apatah lagi untuk memastikan keselamatan sesebuah negara. Semua orang hanya tahu bersuara membantah dan mencerca. Sejauh mana dalamnya mereka mengkaji ilmu pemerintahan? Adakah memerintah negara sekadar memenangi pilihanraya dan duduk di kerusi Perdana Menteri? Sejauh mana tanggung jawab seorang pentadbir didalam mentadbir kawasannya agar sentiasa aman? Sejauh mana kita akan bertindak untuk mempertahankan rumah kita? Kenapa kita pasang pagar berduri tajam?

05 July 2010
Sejarah dan Matlamat Politik:
Untuk mengambil tahu secara terperinci berita-berita dan perkembangan terbaru mengenai politik malaysia adalah memualkan, mendukacitakan dan merimaskan. Agama, bangsa dan tanah air digunakan untuk mencapai cita-cita dan matlamat politik adalah sesuatu yang normal baik oleh Parti yang memerintah ataupun yang membangkang. Kadang-kadang ianya boleh mencapai satu tahap yang sangat absurd.
Dr.Mujahid Yusuf Rawa seorang ahli politik yang terkemuka dari Parti Islam Se Malaysia (PAS) baru baru ini dengar nya ingin mencadangkan agar diadakan satu seminar kecinaan pahlawan pahlawan melayu yang bernama Hang Tuah dan rakan rakan. Kenapa? Kononnya untuk untuk mencari titik persamaan, menafikan perjuangan satu parti lain yang berteraskan bangsa DAN mendapatkan serta meraih sokongan bukan melayu kepada PAS. Untuk menunjukkan kepada umum bahawa PAS bukan parti yang hanya didokong oleh bangsa Melayu.
Untuk mendapatkan sokongan politik, sejarah bangsa sanggup digadaikan. Ini lah kejelekan yang tidak mustahil untuk berlaku sekiranya manusia apabila terlalu kemaruk dengan perjuangan merebut kuasanya. Aku tidak menyokong diskriminasi kaum apatah lagi untuk memandang rendah terhadap bangsa lain tetapi aku gemar menyoroti sejarah. Kerana sesebuah bangsa yang tidak punya sejarah adalah bangsa yang tidak mempunyai identiti. Sejarah wujud agar kita dapat mengambil iktibar. Aku pejuang sejarah dan aku tidak selesa apabila ada pihak cuba untuk menggadaikan sejarah untuk tujuan lain lebih lebih lagi untuk tujuan politik.
Jika benar si Mujahid benar-benar meminati sejarah dan ingin melakukan seminar yang dicanang-canang nya itu atas dasar pencerahan sejarah nya (historic enlightenment) ataupun atasa dasar rasa ingin tahu sejarahnya (Historic curiosity), maka seminar tersebut perlu diadakan secara jujur. Jika ada dibawa sejarahwan yang menyokong teori untuk membentangkan teori tersebut maka janganlah lupa untuk memanggil tokoh tokoh sejarah yang menentang teori tersebut seperti sarjana sarjana yang mengemukakan teori bahawa bahawa Tuah berasal daripada Pulau Duyung, berasal dari suku kaum orang laut ataupun daripada suku kaum Bugis-Makasar. Ataupun paling tidak sekiranya dapat memanggil sarjana yang fasih dan alim tentang Sejarah Hang Tuah.
Tapi saya percaya ilmuwan yang menentang teori Hang Tuah sebagi cina itu tidak akan dipanggil. Jikalau memanggil ilmuan ilmuan ini beerti matlamat untuk mendapatkan sokongan kaum bukan melayu tidak akan tercapai. Jadi bagaimana?
Tak usahlah mencemarkan sejarah hanya untuk membuktikan satu pendirian politik (to prove a point). Ianya sangat menjengkelkan.
Aku ingin cadangkan agar Mujahid mengusulkan agar diadakan seminar kecinaan rakyat kedah/Qalha/Kataha yang mungkin ada kena mengena dengan HANG Too Ah dan HANG li poh dan Kepala Hotak HANG.

04 July 2010
Budaya Fanzine:
Kami angkat tabik serta hormat kepada editor-editor fanzine yang masih lagi berkecimpung secara terus menerus didalam bidang penulisan, pemotongan, penampalan serta pemotostetan fanzine sehingga ke hari ini [adakah masih dijual dengan harga RM2 lagi?-ED]. Aku sendiri dah lama tak ambil tahu tentang perkembangan terkini scene penulisan fanzine di Malaysia mahupun luar negara walaupun fanzines dan bands adalah merupakan dua elemen yang boleh dianggap fundamental dalam DIY Punk Hardcore scene.
Tapi melalui blog blog yang aku baca [baca: Blog Faisal Terbang Bebas], aku dapati masih lagi ada rupanya mereka mereka yang terus dengan perjuangan mereka menghidupkan budaya fanzine ini di dalam ibu pertiwi ni. Aku kalau boleh ingin jugak bersama sama mereka mereka ini diperbatasan punk hardcore tapi apa kan daya masa tidak mengizinkan diri ini untuk kembali berkecimpong secara aktif.
Masa aku mula-mula mengscenekan diri dulu, Malaysia boleh dikata sedang menuju kearah kebanjiran fanzines. Circa 1997 hingga 2001 aku rasa dekat berpuluh-puluh fanzine telah dimuntahkan kepada scenester, Knickerbokers la Think Smart Act Blur la Circamelee la Maximum Think la Broken Vision la Rain City la DRSA la Mosh la Chaos PS la Sebutir Bintang Merah la Periodical Dissonant la Roots la Thinking Str8 la Oldskull la apa la (penat tulis nama zine yang aku masih ingat-ED). Tak dan nak baca semua. Tambah tambah lagi aku dan Faisal Terbang Bebas yang sedikit PC ("politically correct") tentang isi kandungan fanzine ni. Padahal fanzine kitorang sendiri pun macam haramullazi.
Tapi apa yang aku suka sebenarnya ada lah impak yang diterima bila baca zine. Mesti rasa macam nak buat fanzine sendiri. Seronok bila aku fikir balik dengan membaca fanzine, kanak-kanak punk hardcore masa tu jadi tertarik untuk buat fanzine sendiri. Betapa kuatnya pengaruh DIY kepada anak anak muda ni. Tak kisah lah siapa poser [title zine editor memang cukup cool -ED] atau siapa yang betul betul boleh menulis. Yang penting bagi aku adalah keinginan untuk membuat sesuatu sendiri. Dalam falsafah DIY, elemen "pengaruh mempengaruhi" ini bagi aku adalah asas utama. Heres a chord and here is another and heres the other one, now go and form your own band. Mesti pernah dengar kan? Masalahnya, ada lagi ke impak macam tu sekarang?
Alangkah bestnya kalau boleh diputarkan masa untuk kembali ke era tu.

03 July 2010
To The Good Old Days:
Diam tak diam dah dekat 12 tahun berlalu sejak aku bertungkus lumus menerbitkan isu pertama Fanzine Abstained Agogo dari meja buruk aku di No.60 kampung Lundang Paku, Kota Bharu Kelantan. Dengan tulisan tangan yang ala ala kemas, cover depan gambar mr.bean (isu 3), jual RM2 plus stamps yang selalunya boleh di recycle ataupun tolak secara pukal dekat distro-distro (ya, dulu ada benda namanya Distro sekarang dah 99% pupus) yang berminat. Setiap negeri akan ada satu distro paling kurang, jadi network tu besar.
Daripada aku berseorangan menulis sehinggalah Azril Kekuda Grind Kedai Piah yang pada masa tersebut merupakan seorang skinhead yang berdedikasi menyertai aku sebagai co editor dan sehinggalah Faisal terbang bebas, seorang peace punk yang radikal terbang dari Penang untuk turut menyertai keluarga Abstained Agogo.
Pada sekitar tahun 1997-1998, hanya ada fanzine aku dan juga fanzine Jera iaitu the infamous CorePack fanzine, nama yang kononnya diambil dari perkataan melayu "Kopek" yang membawa maksud "membuka". Seperti mengopek (pealing) buah durian. Pada hal memang intentionally nama tu sebenarnya a nod to female breast atau pun buah dada wanita. Ya. Kopek juga bermaksud buah dada dalam bahasa kelantan.
Daripada dua fanzine hasil mengarut dua orang budak sekampung (ya, saya dan jera sekampung) ini akhirnya bercambah menjadi satu scene punk hardcore yang lebih kurang ala ala utuh dan jitu. Bukanlah ingin mengambil kredit sebagai pengasas scene DIY punk hardcore di Kelantan, tetapi kehadiran dua fanzine ini sedikit sebanyak menjadi pembuka lembaran punk hardcore scene yang lebih signifikan di kelantan. Terima kasih kepada kewujudan kolum Blasting Concept didalam akhbar sisipan The Perfect Pitch didalam akhbar The Sun yang dikelolakan oleh encik Joe Kidd pada waktu itu, umum akhirnya mengetahui bahawa ada fanzine yang dikeluarkan daripada Kelantan.
Selepas itu aku dapat tahu ada fanzine fanzine baru yang diterbitkan seperti DonGan Zine yang diusahakan oleh seorang skinhead yang bernama Jarl. Scene skinhead di Kota Bharu pada waktu itu memang sudahpun agak kuat dengan Kota Bharu Rebel Squad dan Tumpat Revoltersnya. Kelompok kelompok ini sentiasa dapat dilihat berjalan beramai ramai lengkap dengan gear skin head lengkap mereka i.e. dengan Doc Marten nya, Fred Perry nya, Everlast nya, Ben Sherman nya, Suspenders nya dan rambut botaknya, pada setiap hari sabtu. Tali boot either putih (for no racism) atau merah (for patriotism).
Selepas itu aku jumpa lagi seorang editor daripada Pasir Mas yang belajar di UITM Sham Alam. Brader tu sanggup datang rumah aku untuk bertemu mata. Sayang sekali aku dah lupa nama fanzine nya. Yang aku ingat, dia ada interview dengan band Naga Berapi dari Shah Alam.
Dari situ juga aku mula mencari warga punk rock lain yang berada di Kota Bharu. Aku dapat jumpa Nik Ikhwan yang menulis Life is Funny newsletter. Sebelum Life is Funny, Encik Nik tulis B-oi-sterous newsletter. Aku dapat jumpa juga Hisham (Ise) dan Hapis Shit yang tulis fanzine bersama, Sayangnya aku lupa juga nama fanzine diorang (dah ingat, nama zine dia Noi Fanzine-ed).. Lepas tu jumpa satu fanzine dari mamat yang bernama Kunin. Nama fanzine dia pun aku dah lupa. Dan ramai lagi yang aku sendiri pun dah lupa (it was like 12 years ago man, cut me some slacks here). Ramai yang masih lagi follow scene ni dan ramai juga yang berhenti. But it was fun indeed.
Daripada penglibatan aku dalam dunia penulisan fanzine punk hardcore ni aku dapat kenal ramai orang didalam dan luar kelantan. Some of them aku dah lost contact, which is very unfortunate lah and a few of them masih lagi menjadi kawan kawan baik aku sampai ke hari ini.
The good old days.

Subscribe to:
Posts (Atom)