15 April 2009

KONTRA KOMUNAL:

Lama tak menulis kat sini. Rindu untuk menulis entry entry dengan gaya bebas tanpa terbatas dengan formaliti. Formaliti adalah dogma. Dogma adalah tak cukup anarki. Kami mahu anarki! hahaha.

Teringat pulak satu band pop yang aku tubuhkan bersama Faisal dan Bujir pada tahun 2003-2004 kot. Masa tu aku belajar di Gombak, dan secara kebetulan Dhani Faisal pula tinggal di Gombak dan belajar disebuah institut berhampiran. Nazier pula belajar di Uniten sekali sekala balik ke Melawati dengan Satria Birunya. Kononnya band politikal pop ini ditubuhkan sebab kami masa tu terpengaruh dengan band-band indo pop yang baru nak menyerang tanah Melayu. Masa tu kalau tak salah aku hanya ada beberapa band saja.

Paling prominent adalah Sheila On 7 la. Album kisah klasik untuk masa depan tu bagi aku tetap album terbaik SO7. Bunyi yang tidak terlalu mainstream, poppish dan riang. Lepas tu ada Jikustik, Gigi, Padi (Nik Ikhwan kata kalau Padi ni nyanyi dalam bahasa Inggeris, boleh disamakan dengan Radiohead. Farfetched tapi masa tu aku setuju je) dan Dewa 19. Jangan lupa Shaden, Bujir minat betul dengan band ni terutamanya vokalisnya yang comel iaitu Nuri. Punk rock! Dunia belum berakhir.

Band-band Gaypop seperti PeterPan, Cokelat, Ungu atau Samson masih belum femes. Campur dengan sedikit eleman JRock dari Glay kerana Bujir minat betul dengan Glay. Oleh sebab dia ni, aku pun jadi peminat Glay sampailah saat aku discover XJapan dan sekutu sekutu Visual Keinya yang lain.

Aku bertindak sebagai pemain drum yang kental dan gagah sambil sekali sekala menyanyikan nyanyian belakang secara harmoni. Nazier pula bertindak sebagai pemain gitar dan Dhani pula bertindak sebagai penyanyi.

Seperti biasa, semua kumpulan-kumpulan yang aku masuk tidak pernah memainkan lagu cover. Kami mencipta lagu sendiri yang seingat aku hanya ada dua. Liriknya ditulis oleh aku dan faisal dengan penuh puitis dan juga politikal. Seingat aku salah satu tajuk lagu kami adalah Absurditas Teragung dan juga satu lagu yang aku hanya ingat sebagai lagu Bocah Cilik. Memang indo habis!! haha.

Selepas itu kami berura ura untuk menukar nama kumpulan ini kepada satu nama yang aku perasan ada satu band dah pakai. Forget Me Not. Lepas tu disebabkan kesibukan akhirnya band ni terbubar dengan sendirinya.

08 February 2009

Hidup:

kadang-kadang hidup ini tak seadil yang kita impikan. Saat-saat susah macam terlalu susah sangat untuk dilepasi. Apa yang kita perlu buat hanya untuk mendapat secebis kebahagiaan yang kecil. Entahlah.

Satu dua tiga. Kalau lah hidup ini sesenang mengira angka alangkah bahagia. Tapi hidup jika semudah dan sesenang itu takkan diberi nama kehidupan.

Empat lima enam tujuk lapan sembilan dan sepuluh.

01 February 2009

SHABRA SHATILA:

Lama betul tak update blog. Actually sebab tak tahu nak tulis pasal apa. Tetiba hari ni aku teringat untuk tulis tentang band band yang pernah aku masuk. At least ada juga update barang seentri dua.

Selain daripada band elitist bernama Ancaman itu, Shabra Shatila adalah band yang kedua aku join selepas Ancaman Cinta Nostalgia Abadi. Tak seperti Ancaman yang aku tubuhkan dengan rasa bongkak dan bangga, band ni aku dijemput masuk sebagai drummer ganti pada mulanya tapi disebabkan wajah yang sedikit kacak dan skill yang sedikit hebat didalam mengendalikan perkakasan deram, aku telah mengambil alih posisi drummer untuk band post hardcore ni.

Band ni ditubuhkan oleh Firdaus, Nazier dan Dean, selain daripada memperbanyakkan lagi band band yang telah sedia kurang di Kota Bharu pada masa tu, ia juga berfungsi sebagai tempat untuk melepaskan hawa nafsu yang bergelora untuk bermain muzik bagi jejak jejaka gersang ini.

Ahli band ini tidak kurang kacaknya. Dianggotai oleh Firdaus Ibrahim sebagai vokal nangis nangis, Aizudin Ali sebagai vokal jerit jerit yang menakutkan, Nazir Othman sebagai pemain gitar karen utama, Juwe sebagai pemain gitar bes dan sebelum aku menggantikannya sebagai pemain drum yang unggul, pemain deram kugiran ini adalah seorang manusia bernama Herry Bob. Dia dipanggil Bob kerana badannya agak gempal.

Shabra Shatila memainkan muzik hardcore yang tidak kurang kental dan begitu beremosi dan antara influence utamanya adalah tidak lain dan tidak bukan, Boy Set Fire. Seingat aku, firdaus Ibrahim minat betul dengan album BSF after the eulogy tu. Nick chatting kat MIRC pun Boy Set Lighter. Bagi aku takde yang best pun BSF ni. Best lagi Hour Of The Star. Wrap my heart, wrap it in plastic. yeah!

Seperti biasa, band band yang aku join, jarang main lagu cover. Satu sebab tak berbakat dan kedua sebab kami terlalu bongkak untuk memainkan lagu orang lain yang kami rasa terlalu picis picisan sahaja. Terus belasah lagu sendiri. Antara lagu yang aku masih ingat adalah sebuah lagu bertajuk Shabra Fi Shatila yang liriknya dalam bahasa arab, dan juga lagu Tragedi Tasik Utara. Dua lagu ni aje yang aku ingat. Tragedi Tasik Utara tu muzik dia aku yang buat lirik dia aku dah lupa sapa yang tulis. Tapi kira best la jugak walaupun riff dia agak pelik.

Setahu aku, sepanjang penglibatan aku dalam band tu, SxSx tak pernah menerbitkan apa apa material kecuali beberapa rehearsals yang digunakan untuk rujukan semata mata. Shabrax Shatilax sedikit fames kejap kerana dicop sebagai band muslim core. Ini adalah gara gara lagu Shabra Fi Shatila ditulis bahasa Arab. Lagu tu dinyanyikan oleh Firdaus yang mana liriknya telah dicuri daripada sebuah puisi arab yang pengarangnya aku dah lupa siapa. Oleh kerana Dean tidak tahu liriknya, maka dia lebih banyak menjerit wargh! wargh! sahaja.

Tapi oleh kerana masing masing telah meneruskan pengajian keperingkat yang lebih tinggi maka SxSx telah terbengkalai dengan begitu sahaja. Ahli ahlinya seperti Firdaus Ibrahim telah menjadi vokalis kepada band hardcore, Natrah, sebelum menyambung pengajiannya ke Al Azhar. Dean dan Nazier pula menubuhkan In Hour Forward.

Baru baru ini ada perbincangan diantara aku, dean dan nazier untuk menubuhkan kembali SxSx atas alasan untuk menerbitkan Shabra Shatila : The Lost Tapes. Tapi tak tahu lagi apa progress dia. Laters

31 October 2008

SS DECONTROL - The Kids Will Have Their Say (1982)

Justify Full
Boston Hardcore. Diantara band yang paling aku minat dewasa ini. Lambat sikit aku tahu pasal band ni sebab masa diorang aktiv circa the early 80s pun aku baru nak belajar berjalan. Aku tahu pasal band ni pun melalui American Hardcore hasil karya Steve Blush since the band was heavily featured in both the book and the movie. Band ni adalah sebuah band SxE yang sangat militan and diorang lah yang start dengan ideology hardline dalam Punk Hardcore bersama dengan dua lagi band dari daerah Boston iaitu Negative FX ngan DYS.

Bebudak yang tengah berlari naik tangga tu adalah geng Boston Crew, iaitu crew HC yang sangat radikal dalam bab bab Straight Edge dan ketua diorang adalah gitaris dan primary song writer and lyricist SSD yang bernama Al Barile. Hardline punya SxE diorang sampai satu tahap ketuk tin arak dari tangan orang lain, even pelopor idea tersebut iaitu Ian MacKaye dan Minor Threat pun tak macam tu.

Musically, ini antara prototype terawal band-band hardcore yang main muzik dengan chord chord yang grim dan jahat berbeza dengan band band hardcore lain yang sezaman dengannya yang lebih kepada bluesy chords yang aku takleh masuk sangat. Album ni memang heavy, walaupun album kedua mereka selepas tu tak berapa best sebab diorang perlahankan tempo but still untuk semua yang claim diorang HC kena cari album ini sebagai koleksi sebab album ni memang klasik hardcore terbaik.

Band ni berpecah pada tahun 1985. Al Barile buat satu band baru iaitu Gage yang main rock ala ala grunge. Memang seattle sound habis. Malah dia punya vocalist pun cam Chris Cornell rip off. Sucks big time.

30 October 2008

Dilema Si Punk Kental:

Salah satu daripada kesilapan mereka mereka yang kononnya memahami Punk secara idea dan counter-culture adalah penentangan terhadap establishment. Punk bukanlah semata mata penentangan terhadap establishment tetapi kebebasan dan kemerdekaan untuk berfikir tanpa dibatas oleh apa-apa ideologi.

Pemilihan parti untuk disokong adalah kebebasan untuk berfikir tetapi tidak memilih mana-mana parti dan masih terus berpolitik adalah lebih punk daripada yang sebelumnya. Kegagalan para punks yang berpolitik adalah apabila mereka menyangka bahawa punk perlu menentang establishment dan menyertai perjuangan politik pihak yang satu lagi sedangkan pihak yang satu lagi juga tidak lebih daripada satu lagi bentuk establishment yang ditunjangi kepentingan individu-individu tertentu.

Sesetengah parti politik menggunakan provokasi rakyat sebagai daya tarikan simpati umum terhadap perjuangan mereka. Penulis mengambil contoh Reformasi. Reformasi hanya lah sebuah retorik yang mempergunakan intimidasi rakyat untuk mendapatkan sokongan daripada umum. Perjuangan tersebut adalah berbentuk kepentingan peribadi yang mana kepentingan tersebut dipadamkan oleh establishment sehingga menyebabkan individu tersebut bangkit bagi menuntut haknya untuk menjadi individu paling berkuasa di Malaysia. Keadaan tersebut masih lagi berterusan sehingga ke hari ini.

Kenapa kita gagal untuk membezakannya? Kerana kita merasakan bahawa Punk adalah penentangan terhadap establishment semata-mata.

29 October 2008

Hartal Utusan:

Mereka-mereka yang mempunyai pemikiran sempit berada dimana-mana sahaja tidak kira didalam parti yang memerintah mahupun dikalangan parti yang tidak dapat memerintah dan terpaksa membangkang selama beberapa tahun, disamping memberi janji-janji melalui media yang kononnya alternatif yang dikawal oleh kepentingan mereka ini.

Mereka-mereka yang berfikiran sempit ini lebih menonjol apabila perlakuan-perlakuan yang didorongi kepentingan (ataupun secara retoriknya kita namakan dia sebagai perjuangan) politik mereka mula dilihat dan dinilai orang ramai. Kepada yang ingin melihat itu sebagai perjuangan maka ia tidak akan mampu melihat kepincangan dan cacat cela walaupun setidak cerdik mana pun satu satu keputusan itu.

Hartal Utusan adalah perlakuan reactionary yang berlaku didalam kepanasan keadaan. In the heat of the moment bak kata penjajah. Pemboikotan akhbar-akhbar arus utama bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah berlaku sejak dari tahun 1998 dan seterusnya apatah lagi ketika Malaysia dilanda gelombang (perjuangan?) reformasi.

Tetapi kenapa masih terdapat kelompok-kelompok yang tetap membeli akhbar-akhbar arus utama ini. Maka berkatalah para pemimpin-pemimpin didalam absurditas teragung mereka, bahawa ramai lagi yang membiarkan diri mereka dipermainkan oleh akhbar-akhbar arus perdana. Kononnya lah.

Sayangnya harakah dan berita keadilan tidak mempunyai segmen sukan. Kerana para editornya menganggap semua rakyat Malaysia hanya mahu membaca tentang politik. Kasihan.

28 October 2008

Polemik Keetnikan Didalam Ringkasan:

Saya menamakannya sebagai polemik keetnikan ataupun Ethnicity Polemics. Sejauh mana dalamnya konsep dan idea disebalik sebuah bangsa Malaysia dan sejauhmana pula kebolehterapan sebuah konsep yang seakan-akan utopia itu didalam konteks dan acuan politik tempatan. The Malaysian Reality seperti yang saya selalu ulang sebut kepada seorang teman tatkala berbicara tentang isu-isu kontemporari terutamanya politik semasa. Senario politik yang tidak boleh tidak untuk memetik komposisi utama kaum-kaum unik yang terdapat didalamnya. Itulah dia akar sebenar polemik keetnikan.

Apakah dia polemik keetnikan? Sesuatu yang tidak boleh tidak untuk menyentuh sensitiviti kaum atau hujah hujah yang mengelilingi kepentingan kaum. Garis halus yang memisahkan Rasisme dan Rasialisme.

Dimana silapnya kita sehingga intipati keharmonian negara ini hanya diikat dengan dasar toleransi yang sangat rapuh dan halus diantara kaum? Adakah salah UMNO, MCA atau MIC yang perjuangan dan dasar masing masing berpaksikan kepentingan kaum masing masing? Seorang kawan pernah berkata bahawa kita perlu menghapuskan politik perkauman sebagai jawapan terakhir untuk menghentikan tribulasi politik yang semakin menjadi jadi ini. Tetapi bagaimana untuk menghapuskan politik perkauman sedangkan parti-parti politik itu sendiri bergerak dan hidup atas dasar kepentingan kaum mereka. Kita lupakan sebentar salah laku salah laku mereka.

Dan bagaimana pula untuk kaum-kaum yang berbeza ini untuk tidak mengendahkan kepentingan masing-masing sedang mereka sendiri tidak pernah merasakan bahawa mereka adalah satu bangsa yang sama? Disini kegagalan konsep Malaysian Malaysia yang dipopularkan oleh DAP dapat dilihat dan didalami.

Untuk menghapuskan politik perkauman adalah seperti menghapuskan kesedaran mengenai identiti diri sedangkan manusia dijadikan tuhan dengan kepelbagaian identiti agar manusia boleh berkenal-kenalan diantara satu sama lain. Politik perkauman akan tetap wujud selagi mana kaum itu sendiri wujud.

Ethno-centrismnya Malaysia adalah berpunca daripada sistem pendidikan Malaysia yang mana setiap ras atau bangsa mempunyai sekolah-sekolah untuk ras dan bangsa masing-masing. Sudah terlalu lewat untuk kita berundur kerana tidak mungkin masyarakat cina akan bersetuju agar Sekolah Jenis Kebangsaan bangsa mereka dilupuskan, begitu juga masyarakat India. Pemupukan keseragaman bangsa kepada satu bangsa sahaja seharusnya bermula disini, tetapi penyelidikan sejarah didalam kontek geo-budaya masyarakat malaysia pasca merdeka turut menyarankan bahawasanya kita sebenarnya berada didalam keadaan bingung, samada untuk menyalahkan sejarah atau menyalahkan diri kita sendiri kerana membenarkan sebuah kesilapan lampau sehingga kesilapan itu dianggap sebagai satu kebenaran yang terpaksa diterima umum.