08 July 2010

Musuh-Musuh Jahil:

Manusia mudah memusuhi perkara-perkara yang mereka tidak tahu dan yang paling menjengkelkan adalah mereka-mereka yang membentuk satu perjuangan berasaskan perkara-perkara yang mereka tidak tahu tetapi terlalu mempercayainya sehingga menganggap perkara tersebut sebagai benar.

Aku menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri. Aku menyokongnya kerana aku tahu apa yang aku perlu tahu. Namun aku rasa adalah perlu sekiranya ISA itu dipinda namun untuk menghapuskan sama sekali aku rasa ianya membahayakan negara.

Aku ada terbaca beberapa petikan tokoh tokoh politik hari ini tentang penghapusan ISA. Kata salah seorang daripada mereka dengan penuh kesombongan dan kebodohan bahawa ISA perlu dihapuskan kerana komunis sudah tidak ada lagi di Tanah Melayu. Bukankah bodoh kenyataan sebegitu? Kata kunci: Gejala Subversif.

Bukan mudah untuk meneraju sesebuah negara apatah lagi untuk memastikan keselamatan sesebuah negara. Semua orang hanya tahu bersuara membantah dan mencerca. Sejauh mana dalamnya mereka mengkaji ilmu pemerintahan? Adakah memerintah negara sekadar memenangi pilihanraya dan duduk di kerusi Perdana Menteri? Sejauh mana tanggung jawab seorang pentadbir didalam mentadbir kawasannya agar sentiasa aman? Sejauh mana kita akan bertindak untuk mempertahankan rumah kita? Kenapa kita pasang pagar berduri tajam?

No comments: