Untuk mengambil tahu secara terperinci berita-berita dan perkembangan terbaru mengenai politik malaysia adalah memualkan, mendukacitakan dan merimaskan. Agama, bangsa dan tanah air digunakan untuk mencapai cita-cita dan matlamat politik adalah sesuatu yang normal baik oleh Parti yang memerintah ataupun yang membangkang. Kadang-kadang ianya boleh mencapai satu tahap yang sangat absurd.
Dr.Mujahid Yusuf Rawa seorang ahli politik yang terkemuka dari Parti Islam Se Malaysia (PAS) baru baru ini dengar nya ingin mencadangkan agar diadakan satu seminar kecinaan pahlawan pahlawan melayu yang bernama Hang Tuah dan rakan rakan. Kenapa? Kononnya untuk untuk mencari titik persamaan, menafikan perjuangan satu parti lain yang berteraskan bangsa DAN mendapatkan serta meraih sokongan bukan melayu kepada PAS. Untuk menunjukkan kepada umum bahawa PAS bukan parti yang hanya didokong oleh bangsa Melayu.
Untuk mendapatkan sokongan politik, sejarah bangsa sanggup digadaikan. Ini lah kejelekan yang tidak mustahil untuk berlaku sekiranya manusia apabila terlalu kemaruk dengan perjuangan merebut kuasanya. Aku tidak menyokong diskriminasi kaum apatah lagi untuk memandang rendah terhadap bangsa lain tetapi aku gemar menyoroti sejarah. Kerana sesebuah bangsa yang tidak punya sejarah adalah bangsa yang tidak mempunyai identiti. Sejarah wujud agar kita dapat mengambil iktibar. Aku pejuang sejarah dan aku tidak selesa apabila ada pihak cuba untuk menggadaikan sejarah untuk tujuan lain lebih lebih lagi untuk tujuan politik.
Jika benar si Mujahid benar-benar meminati sejarah dan ingin melakukan seminar yang dicanang-canang nya itu atas dasar pencerahan sejarah nya (historic enlightenment) ataupun atasa dasar rasa ingin tahu sejarahnya (Historic curiosity), maka seminar tersebut perlu diadakan secara jujur. Jika ada dibawa sejarahwan yang menyokong teori untuk membentangkan teori tersebut maka janganlah lupa untuk memanggil tokoh tokoh sejarah yang menentang teori tersebut seperti sarjana sarjana yang mengemukakan teori bahawa bahawa Tuah berasal daripada Pulau Duyung, berasal dari suku kaum orang laut ataupun daripada suku kaum Bugis-Makasar. Ataupun paling tidak sekiranya dapat memanggil sarjana yang fasih dan alim tentang Sejarah Hang Tuah.
Tapi saya percaya ilmuwan yang menentang teori Hang Tuah sebagi cina itu tidak akan dipanggil. Jikalau memanggil ilmuan ilmuan ini beerti matlamat untuk mendapatkan sokongan kaum bukan melayu tidak akan tercapai. Jadi bagaimana?
Tak usahlah mencemarkan sejarah hanya untuk membuktikan satu pendirian politik (to prove a point). Ianya sangat menjengkelkan.
Aku ingin cadangkan agar Mujahid mengusulkan agar diadakan seminar kecinaan rakyat kedah/Qalha/Kataha yang mungkin ada kena mengena dengan HANG Too Ah dan HANG li poh dan Kepala Hotak HANG.

No comments:
Post a Comment