16 October 2008

The Middle Class - Out Of Vogue (1978)

Sampai sekarang para punk hardcore kental memperdebatkan sapa sebenarnya band hardcore pertama kat US. Walaupun diantara Black Flag, The Middle Class dengan Bad Brains, aku lebih minat Bad Brains sebab band ni laju dan lebih teknikal daripada Black Flag yang bagi aku hanya lagu-lagu Elvis yang dimainkan dengan laju dan The Middle Class pula hanya straight forward 3 chord routine tanpa aspek teknikal ke apa, takleh nak dinafikan bahawa bagi aku band yang paling awal capture the essence of US Hardcore adalah band ni, The Middle Class daripada California.

Dalam 7 inch ni menampilkan 4 lagu yang rata-rata tak sampai pun dua minit tapi apa yang aku boleh cakap bahawa ia adalah sangat laju. "In our minds, we were playing as fast as the Ramones," kata Encik Mike Atta si pemain gitar. Verse tak sampai 30 saat terus masuk chorus selama another 15 saat. Lagu diorang Out Of Vogue yang sangat laju itu menarik perhatian aku untuk cari 7 inch ni. Vocal menjerit tapi dalam kadar yang sangat laju. Senang citer dia best sebab laju lah dan chord chord dia simple. "The interesting thing about our band is we all learned to play together," Mike Atta dipetik dalam satu interview. "All the chords that I played in the band I found out later did have names." hahaha. Memang Anarki gile lah.

No comments: