29 October 2008

Hartal Utusan:

Mereka-mereka yang mempunyai pemikiran sempit berada dimana-mana sahaja tidak kira didalam parti yang memerintah mahupun dikalangan parti yang tidak dapat memerintah dan terpaksa membangkang selama beberapa tahun, disamping memberi janji-janji melalui media yang kononnya alternatif yang dikawal oleh kepentingan mereka ini.

Mereka-mereka yang berfikiran sempit ini lebih menonjol apabila perlakuan-perlakuan yang didorongi kepentingan (ataupun secara retoriknya kita namakan dia sebagai perjuangan) politik mereka mula dilihat dan dinilai orang ramai. Kepada yang ingin melihat itu sebagai perjuangan maka ia tidak akan mampu melihat kepincangan dan cacat cela walaupun setidak cerdik mana pun satu satu keputusan itu.

Hartal Utusan adalah perlakuan reactionary yang berlaku didalam kepanasan keadaan. In the heat of the moment bak kata penjajah. Pemboikotan akhbar-akhbar arus utama bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah berlaku sejak dari tahun 1998 dan seterusnya apatah lagi ketika Malaysia dilanda gelombang (perjuangan?) reformasi.

Tetapi kenapa masih terdapat kelompok-kelompok yang tetap membeli akhbar-akhbar arus utama ini. Maka berkatalah para pemimpin-pemimpin didalam absurditas teragung mereka, bahawa ramai lagi yang membiarkan diri mereka dipermainkan oleh akhbar-akhbar arus perdana. Kononnya lah.

Sayangnya harakah dan berita keadilan tidak mempunyai segmen sukan. Kerana para editornya menganggap semua rakyat Malaysia hanya mahu membaca tentang politik. Kasihan.

No comments: