Salah satu daripada kesilapan mereka mereka yang kononnya memahami Punk secara idea dan counter-culture adalah penentangan terhadap establishment. Punk bukanlah semata mata penentangan terhadap establishment tetapi kebebasan dan kemerdekaan untuk berfikir tanpa dibatas oleh apa-apa ideologi.
Pemilihan parti untuk disokong adalah kebebasan untuk berfikir tetapi tidak memilih mana-mana parti dan masih terus berpolitik adalah lebih punk daripada yang sebelumnya. Kegagalan para punks yang berpolitik adalah apabila mereka menyangka bahawa punk perlu menentang establishment dan menyertai perjuangan politik pihak yang satu lagi sedangkan pihak yang satu lagi juga tidak lebih daripada satu lagi bentuk establishment yang ditunjangi kepentingan individu-individu tertentu.
Sesetengah parti politik menggunakan provokasi rakyat sebagai daya tarikan simpati umum terhadap perjuangan mereka. Penulis mengambil contoh Reformasi. Reformasi hanya lah sebuah retorik yang mempergunakan intimidasi rakyat untuk mendapatkan sokongan daripada umum. Perjuangan tersebut adalah berbentuk kepentingan peribadi yang mana kepentingan tersebut dipadamkan oleh establishment sehingga menyebabkan individu tersebut bangkit bagi menuntut haknya untuk menjadi individu paling berkuasa di Malaysia. Keadaan tersebut masih lagi berterusan sehingga ke hari ini.
Kenapa kita gagal untuk membezakannya? Kerana kita merasakan bahawa Punk adalah penentangan terhadap establishment semata-mata.

1 comment:
Punk and Parti politik adalah dua perkara yang jauh berbeza. Sememangnya punk tidak lari dari perkataan politik, namun parti politik diklasifikasikan sebagai satu badan yang bergerak atas dasar kehendak dan visi seorang individu ataupun sekumpulan individu dengan mendapatkan sedekah dari sokongan dari rakyat jelata. Walaupun parti politik tersebut menyuarakan penentangan bagi segala bentuk diskriminasi, hak asasi, rasuah dan sebagainya. tidak dinafikan bahawa mereka itu akan kembali kepada kepentingan parti mereka. Manifesto/propaganda adalah muslihat yang akan menjadi umpan bagi setiap perangkap yang di pasang oleh parti politik untuk mendapat habuannya iaitu rakyat. Manakala punk bagi pendapat aku diklasifikasikan sebagai satu keindahan yang dilukis/ditulis/dicorak di dalam setiap punker dengan sentuhan diy masing-masing. secara kesimpulanya, aku tidak katakan punk menguasai diri aku kerana punk bukan berkuasa tetapi diri sendiri yang menguasai diriku.
p/s: i like ur blog.
Post a Comment