15 October 2008

Ancaman Cinta Nostalgia Abadi:

Ancaman adalah sebuah band Punk HC yang aku tubuh bersama dengan kengkawan way back in 2000. Biasalah masa tu tengah hot trend band anarcho punk so aku yang poser ni pun turut serta dalam gelombang hitam anarko punk ni.

Ancaman dianggotai oleh empat orang editor fanzine yang kental, so kira macam band yang elite la daripada kota bharu sebab ahli ahli dia bukan semata mata kaki muzik tapi bermula dengan ideologi dulu sebelum muzik. Wah.. ganas tak. Aku bertindak sebagai pemain bass yang bersambung kepada alat mekanikal yang dinamakan distortion dan juga penulis lagu dan lirik utama. Faisal Dhani pulak bertindak sebagai vokalis suara kecik yang menyeramkan. Ayeh atau Tengku Azril Kekuda Grind Kedai Piah bertindak sebagai vokalis suara besar yang brutal dan ganas. Saipudin Mamat pula sebagai pengetuk drum dengan kadar yang lebih laju dari kebiasaan. Aizudin Ali pernah jadi vokalis kejap untuk satu jam session tapi aku buang dia sebab tak cukup anarki. hahaha. Gurau je din.

Aku dah tak ingat dari mana asal nama Ancaman ni tapi aku rasa ia sangat kool dan sangat anarki. hehe. Kami mahu anarki. Mungkin daripada slogan slogan punk hardcore yang sangat femes iaitu Making Punk A Threat Again. Menjadikan Punk Kembali Sebagai Ancaman.

Kami tak pernah main lagu cover. Mungkin sebab tak berapa pandai especially aku yang memang tak reti main gitar. Oh ya, antara elemen istimewa Ancaman adalah band ni takde pemain guitar. Hanya aku dengan best dan tekunnya memetik gitar bass yang telah didistort dan kadang kadang bertindak sebagai third vocalist dengan suara ala ala metalcore. Vokalis dua orang sudah lebih dari mencukupi untuk menyampaikan mesej mesej anarki. hehe.

Muzik yang dimainkan adalah Hardcore Punk dengan sedikit elemen Grind. Ntah lah tapi seingat aku masa tu aku cukup terinfluence dengan punk rock's simple chords yang dimainkan dengan laju dan ganas oleh band yang political seperti Code 13. Yeah. Betul, influence utama aku masa tu adalah Code 13. Aku bukan minat sangat pun muzik Punk ni dimana aku hanya boleh relate kepada band band yang main chord chord gelap dan tritone, mungkin sebab musical preference aku ada Metal. Muzik untuk orang orang ganas dan satanic. The Ramones, Sex Pistols dan New York Dolls adalah hanya untuk pussies. hehehe. Oh kecuali Hardcore punk versi US yang dimainkan oleh oleh para hardliner dari daerah Boston. Society System Decontrol Rules!

Ancaman pernah mengeluarkan rehearsal demo yang bertajuk Let The Dove Fly Free iaitu rakaman rehearsal yang dirakam pakai walkman tanpa jenama berwarna merah dimana terdapat pelekat Corporate Rock Still Sucks dibelakangnya. Walkman tersebut telah dicuri ketika aku sedang bersembahyang maghrib di Masjid Matrikulasi UIA, PJ tu. Kurang haja betul pencuri tu, walkman buruk pun nak curi ke? Sentimental value tu beb.

Let The Dove Fly Free tak pernah diedarkan pada sesiapa pun. even aku sendiri tak ada copy. Yang aku recall, satu satu nya copy pernah diberi kepada Din Roots dan telah direview dalam fanzine dia. Dah lupa la. Tapi memang aku ingat demo tu pernah ada orang review. Kira rare lah demo tu. Dalam bentuk kaset dan sleeve nya dipotostat dengan hiasan cover depan tiru cover album album terbitan Crass records. Baru Anarki. Hehe.

Demo tu ada 5 buah lagu kalau tak silap aku; Komunikasi Bunuh Kejahilan, Cut The Rich's Throat, Boycott Mcdonalds, Resist Against the Nukes dan Consume or Die. Pendek pendek je lagu lagunya. Dan kalau tak silap aku ada satu lagu lagi yang sangat rare dimana aku cedok lagu Negaraku untuk dijadikan lagu. Tapi aku dah lupa lagu tu sebab tak termasuk dalam rutin latihan band kecuali ia dimainkan sekali seumur hidup dalam satu jam session yang dipenuhi oleh para Skinheads dan Punks dikota bharu dulu.

Mungkin suatu hari nanti aku, Faisal, Ayeh dan Pudin boleh reunion suka suka untuk rekod balik lagu lagu lama tu. Mana lah tahu boleh jadi kaya macam KRU. Muahaha.

Untuk lebih maklumat detail tentang band yang almost femes ni boleh pergi ke website band yang paling rare didunia : http://terancam.tripod.com

2 comments:

Dhani said...

lagu NEGARAKU (yang di ubah lirik) tu rare beb! gua masih ingat memek muka kamu tengah nanyi lagu NEGARAKU (yang di ubah lirik) tu di depan para nasionalist.

kalo rekod lagu NEGARAKU (yang di ubah lirik) dan spread lagu ni kat internet, mesti kita akan ditangkap polis untuk siasatan. macam pemilik lagu NEGARAKUKU. hehe. :p

Albinaini said...

Hahaha. sangat pasti malah mungkin lebih femes dari pada mamat namewee tu muahaha.

Maybe we should do that. Baru a THREAT again boss.