Abstained Agogo Fanzine (1997-2003) Part 1:
Sebelum aku terlibat dengan gejala punk rock dan benda benda subversive ni, aku adalah seorang budak nerd yang hobinya suka membaca. Well, sampai kehari ni aku masih lagi budak nerd tersebut dan aku sampai hari ini kalau pergi Kinokuniya dekat KLCC tu dah rasa macam masuk syurga dunia. Hehe.
Fanzine pertama aku adalah Out Of Step, kalau tak silap aku isu 4. Punyalah seronok aku baca fanzine tu sampai aku khatam banyak kali gile. Itulah bezanya antara fanzine bercetak dengan webzine yang muncul bagai cendawan sejak meletusnya era blogosfera ni. Dia punya sentimental value dia lain. Sambil makan boleh baca, sambil nak tidur pun boleh baca. Bapak tak best nak baca webzine sambil tido.
Dari Out Of Step, aku kaji dia punya struktur. Apa yang perlu ada dalam sebuah fanzine kalau aku nak buat fanzine. Cara nak sebut pun kena betul tau. Cara nak sebut dia adalah ZIN dan bukan ZAEN sebagaimana yang sangat sangat popular disebut orang. Bila orang sebut ZAEN depan aku, kengkadang nak tergelak tapi aku ikut aje sebab tak nak kena tumbuk. Zine kedua yang aku baca selepas Out Of Step adalah sebuah fanzine metal yang aku pinjam dari member aku yang bertajuk Brutal Noise dari Penang.
Daripada Out Of Step dan brutal Noise, aku pun bercita cita nak tulis fanzine sendiri, maka berusahalah aku kearah itu. Aku mula tulis artikel/rencana kat cebisan-cebisan buku latihan yang aku koyak, pastu aku simpan elok elok dalam laci almari baju aku. In English beb sebab semua fanzine awal yang aku baca ditulis dalam bahasa inggeris. Heheh. Banyak jugalah aku kumpul rencana rencana yang aku tulis atas kertas kertas kotor sebagai persediaan untuk buat fanzine pertama aku ni. Kebanyakannya bertopikkan benda yang takde kena mengena dengan aku seperti penggunaan senjata Nuklear, Pemonopolian ekonomi oleh para kapitalis dan sebagainya.
Artikel dah banyak maka aku perlu selesaikan masalah kedua, iaitu interviews/temubual dengan band. Sumber rujukan untuk dapatkan alamat-alamat band adalah daripada Blasting Concept. Blasting Concept ini adalah satu kolum yang ditulis oleh Encik Joe didalam akhbar The Sun. Kolum ni terdapat dalam akhbar selitan dia yang bertajuk Perfect Pitch. Keluar setiap hari rabu. Dalam kolum ni Joe akan bercerita dan membuat ulasan demos, fanzines, scenes dan gigs yang berlaku diseluruh Malaysia yang sampai ketelinga dan ketangan beliau.
Kesemua alamat alamat band untuk zine terawal aku, aku dapatkan daripada Blasting Concept. Kena pulak masa tu kat sekolah aku ada budak mana ntah yang buat scrap book penuh dengan Blasting Consept punya kolum. Gile best. Aku rasa aku curi scrap book tu daripada perpustakaan sekolah aku. Gile betul, kecik kecik dah rebellious and mempraktikkan nilai nilai living on the streets. Hahaha.
Actually fanzine pertama aku bukan Abstained Agogo tapi Metamorfosis nama dia. Cover depan dia aku lukis sendiri tiru cover album Sil Khannaz Conception Of Madness. Ala cover lama yang ada budak kecik ngan kawan kawan tengkorak dia dalam sejenis sfera elektronik siap wayar semua. Kalau tak silap aku, yang lukis cover tu adalah Fathullah (Infectious Maggots, Spiral Kinetic Circus, Fathullistiwa). Aku tiru lukisan tu lukis pakai ball pen Reynolds kaler biru. Haha. Tapi aku tak jadi pakai nama tu lalu aku fikir satu nama lain yang lebih cool dan punk rock. Lukisan tu jugak aku buang.
Abstained Agogo ini sebenarnya takde maksud tersirat apa pun. Maksud dia secara literal adalah Agogo yang dihindari. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh pilih nama yang sungguh tak cool ni. Kalau ada interview orang tanya aku apa maksud abstained agogo, aku selalu auta kata aku samakan agogo ni sebagai sejenis rave zaman 60 an yang menjadi kerisauan ibu bapa sama macam punk lah yang menjadi kerisauan ibu bapa lantas perlu dihindari dengan apa jua cara sekalipun. Mana ada orang nak hindar agogo doh.. hahaha. Ia juga bukan berpunca daripada lagu daripada kumpulan Pop Yeh Yeh The Swallows yang bertajuk Alompak Agogo ok. Hehe.
Pada awal awalnya aku hantar interview kat beberapa band. Masa tu pakai snail main aje, mana ada email email ini. Buka computer pun tak reti. Biasalah budak kampong. Tapi satu pun interview aku takde orang reply so aku macam putus asa. Dah malas lah. Sekali tu sampai kat rumah aku satu surat yang ditujukan kepada aku (bukan selalu aku dapat surat ok) yang bukan dihantar oleh girlfriend aku pada masa tu. Sekali rupanya band jawab interview aku. Punyalah aku seronok. Band tu adalah band punk rock daripada pulau pinang yang bernama Acid Rain. Masa tu kalau tak silap aku diorang baru je release EP diorang yang bertajuk Coup De Etat.
Band yang kedua jawab soalan interview aku adalah sebuah band HC daripada Raub yang bernama Smash The System. Lepas dapat pulak jawapan daripada band punk daripada Pahang, nama kumpulan tu The Scruffies. Semua interview-interview ini adalah dimasukkan didalam isu-isu terawal Abstained Agogo. Antara band-band yang pernah aku interview, selain yang aku sebut kat atas, adalah Saturday Heroes (oi! kuching), The Groceries (indie pop kuching), Shocked (mincecore penang), Stooges Stamps (punk rock ipoh), Hayagriva (shadowmetal ipoh), LoveMeButch (Metalcore) dan banyak lagi. Tak lupa juga para editor zine macam Think Smart Act Blur (KL), 90s Choice (johor), Maximum Think (pahang), Aargh (penang), Knickerbockers (selangor), Roots (johor) dan banyak lagi yang kebanyakannya aku sendiri pun dah tak ingat.
Sebab aku takde computer atau pun mesin taip elektrik, isu-isu terawal fanzine aku selepas itu adalah bertulis tangan. Aku akan tulis elok elok atas kertas kosong lukis garis pakai pensil pastu bila dah siap tulis karangan atas garis tu, aku akan padam garisan pensil tu. Pastu aku akan potong elok elok then tampal kat kertas A4 yang dilipat dua untuk jadi saiz fanzine yang biasa iaitu B5. Tampal flyers sikit, tampal gambar-gambar sikit, pastu siap untuk aku gi fotostat.
Aku tak ingat isu berapa fanzine aku yang masuk dalam Blasting Concept tapi kira dapat masuk tu kira hangat juga lah. Adalah juga hamba-hamba Allah yang berminat. Tiap tiap hari aku asyik tanya Atuk aku samada ada surat untuk aku ke tak. Balik sekolah benda pertama yang aku buat adalah check mail. Seronok doh benda alah snailmail ni. Kengkadang baca sampai empat lima kali pastu reply panjang-panjang. Taktik femes masa tu adalah tampal gam pada stem pastu lukis logo recycle stamp pada surat. Bila tampal gam pada stem, selalu dakwat cop hitam tu akan tanggal bila kita sapu dengan air. Pastu dah boleh pakai balik dah. Best.
Bersambung ke bahagian 2.

3 comments:
Balik sekolah benda pertama yang aku buat adalah check mail. Seronok doh benda alah snailmail ni. Kengkadang baca sampai empat lima kali pastu reply panjang-panjang. <----- KEADAAN INI SANGAT MENYERONOKKAN. DAN AKU JUGA MENGALAMI KEADAAN INI. SUNGGUH SERONOK. SUNGGUH~ :)
ya boss.. ingat surat yang saudara hantar pada aku dimana semua huruf A nya adalah A circle.
Kami mahu anarki! haha
a'ah kan..seronok kan..
Post a Comment