25 August 2010

Lagi:

I have made a few final adjustments. I have redesigned the cover as per the above. Mungkin sebab aku ni memang minimalist so bila tengok cover berserabut sangat, aku tukar la. Putih bersih bak kata Faisal.

Daripada layout lama tu aku terpaksa buang satu artikel sebab terlebih 60 muka surat. Sayang betul. Kalau nak ikut, banyak benda yang aku tak boleh nak include macam interview dengan Crossing Lines, Last Strive dengan Breakin Chains. Juga review video video punk hardcore yang aku bersusah payah buat macam Afropunk, Punks Not Dead, American hardore, The Story of the Ramones, N.Y.H.C dan The Decline of Civilizations. Semua video-video review ni penting juga untuk educational purposes. Siapa yang minat boleh pergi cari. My recommendation would be American Hardcore dan Punks Not Dead. Dua dokumentari ni sangat bagus dari segi untuk mengenali roots hardcore punk.

Apa-apa pun, aku happy sebab semua kerja dah selesai. Paling senang lah nak buat isu ni. Mungkin idea terlalu banyak sebab dah 7 tahun tak menulis. banyak terkumpul. Aku yakin Ayeh dan Faisal sendiri pun ada banyak lagi yang nak masukkan content tapi aku terpaksa hadkan sebab tak cukup muka surat. Sorry brothers, mungkin ada rezeki isu 9 kita kasi lagi gempak. Itupun kalau aku decide nak sambung. hahaha. Co editors diam diam aje. hahaha.

Official lah harga dia RM5 (by hand) sebab kedai fotostat dekat ofis aku tu mahal. tapi kualiti kertas AA la, licin dan cantik dan cover aku guna kertas tebal. Insya Allah juga, by this week aku nak gi ambik baju yang dah siap di print tu. Alhamdulillah.

Aku nak setelkan kasi free copies dulu untuk bands.. bila lepas kasi free copies baru lah aku akan jual yang mana ada tinggal tu. Aku tak taget nak print banyak pun. lebih kepada kepuasan diri.

Chalo.

No comments: