09 October 2008

NOSC - Sebuah Kisah Klasik bahagian 5:

NO ONE SHOULD CRY part 5. Sedikit cerita cinta NOSC 1998 – 2001.
BY HAFEEZ AMAN.

Sambungan dari bahagian 4.

Kami dulu selalu lepak kat Parking tapi selepas tu kami pindah ke Riverside dekat Tambatan DRaja. Ada kisah dia sebab apa kami pindah tempat lepak. Horror gak. Masa tu kami berbalah dengan Nazi Punks jahil yang banyak gila dekat KB. Ia bermula sebab aku edar cintakan aman edisi Anti Nazi sekitar KB sorang sorang. Tahu tahu dah bising. Masa tu aku, Faisal (tak ingat dia ni ada ke takde), Hafis Shit, Firdaus baru balik dari lepak dekat parking. Sekali kena attack dengan budak budak nazi bodoh yang kebetulan tengah lepak buang masa depan Hanis masa tu. Kami kena kepung depan Bazaar Buluh Kubu dekat selekoh nak ke Muda Osman tu. Teruk hapis shit kena pukul sebab semua orang target dia. Sepatutnya aku. Aku ngan kawan kawan hanya mampu tengok aje sebab kami memang pasif dan bukan peninju popular. Kesian dia. Kepada Hapis Shit, aku memang nak tolong kau tapi orang tu acu pisau kat aku. Takut aku. Firdaus dah telefon polis tapi polis buat tak tahu je. All Cops Are Bastards!

Sejak dari situ lah, kami terpaksa cari tempat lepak lain sebab tak nak lagi berkonforntasi dengan nazi punks ni. Alah budak budak nazi ni pun bukan tahu pun pasal ideology malay power ke apa. Pakai swastika kononnya cool la. Diorang cuma tiru Sid Vicious je. Shock effect. Bodoh!

Lepas antara kenangan yang tidak boleh aku lupakan adalah menjadi host kepada seorang mamat straight edge dari German bernama encik John Floss. John ni masa tu dia turun melawat ke Asia tenggara dan salah satu stop dia adalah Malaysia. Sebelum ke Kuala Lumpur, dia singgah dulu ke Kota Bharu. NOSC dekat Kota Bharu yang sememangnya jarang-jarang dapat tetamu luar Negara ni menjadi hos lah kononnya. John ni sekarang main dengan band Zann.

Pada hari yang ditunggu tunggu untuk jemput mamat John ni, so kami pun bersiap la untuk gi ambil. Aku dengan Dean masa tu ditugaskan untuk gi jemput dia yang datang dari Thailand. So kami balik rumah Dean dulu untuk ambik barang sebelum pergi ni. Tengah menapak nak gi rumah Dean kat Jalan Gajah Mati masa tu, kami terserempak dengan sorang mamat orang putih tapi pakai patches. Eh? Takkan dia kot? Aku pun selamba la panggil, John!. Sekali memang betul dia daa. Dia kata dia sampai awal dan datang naik teksi ke rumah Dean. Dia kasi alamat rumah Dean pada drebar teksi tu.

Gile anarki. Entah macam mana dia boleh dapat tahu rumah Dean yang mana satu masih lagi kekal sebagai misteri pada aku sehingga ke hari ini.

So bawak la dia jumpa bebudak semua. Masa tu problem, kat mana nak letak si John ni untuk tido. Last sekali kami bawak dia tido rumah sewa Mat Pangcore (editor zine dari JB) yang kebetulan baru pindah ke Kota Bharu untuk kerja di Pengkalan Chepa. Kami kasi si John tido atas tilam dan kami yang lain bantai tido atas lantai je sebagai sudut tepi tilam tu dijadikan bantal. John taknak asalnya tapi kami insist. Beradab sopan tak?

Esoknya pagi pagi buta kami dah keluar lepas sarapan ala kadar. Destinasi ke Pantai Cahaya Bulan. Kasi dia rasa makan buah keranji. Buah warna hitam isi merah yang femes dalam pantun sorong papan tarik papan tu. Hehehe. Naik bas aje. Dalam bas sebab pagi buta takde orang kecuali kami bertiga aje. Aku Dean dengan John. Mat tak ikut sebab dia kena kerja. Aku sibuk sibuk kutip kulit kerang sambil main air, si John pulak sibuk sibuk dok ambil gambar sampah sarap yang penuh dekat pantai tu. hahaha.

Pada petangnya, semua anak anak NOSC keluar melepak. Bawak pergi cyber café pastu gi jamming seround. Freestyle jamming beb. John main gitar aku main dram and firdaus jadi vocal. Entah apa dia main aku pun tak tahu sebab aku main ikut aje. Kadang kadang aku main ikut dia kadang kadang dia main ikut beat aku. Lepas dua hari John lepak Kota Bharu dengan anak anak NOSC, dia pun berangkat naik bas ke Kuala Lumpur dimana Joe Kidd dan kawan kawan di KL sudah sedia menjemputnya.

Antara aktiviti terawal NOSC yang agak established adalah Bengkel Hak Asasi Manusia yang dianjurkan secara bersama diantara NOSC dan Amnesty International. Wakil Amnesty Encik Joe Paul datang dengan seorang kawan dia dan anak perempuan dia yang hot. Hahaha. Bengkel ni diadakan di hotel apa tah yang kat sebelah Pantai Timur Shopping Centre tuh. Oh ya Juwita Inn. Duit tabung NOSC yang kalau tak silap aku ada dalam RM200 lebih masa tu habis digunakan untuk sewa dewan kecik dan fotostat apa yang patut. Jangan main main, NOSC ada tabung yang aktif tau. Bayaran perlindungan punk hardcore bulanan. Hahaha.

Satu lagi aktiviti yang agak besar diadakan adalah Perjumpaan Kearah keamanan, iaitu persidangan kolektif pertama yang pernah diadakan di Malaysia. Rakan-rakan dari terengganu dan KL semua turun. Persidangan diadakan secara bersila di satu spot kat belakang deretan kedai-kedai di tambatan diRaja tu.

Lepas tu, ada gath NOSC di Tambatan Diraja. Buat pertama kali kami bentang dan bincangkan Menifesto NOSC secara terperinci, ayat demi ayat. Draf pertama ditulis oleh aku dan disemak serta ditambah oleh Dhani Ahmad Faisal. Sampai sekarang, Menifesto yang sama masih diguna pakai.

Bersambung ke bahagian 6.

2 comments:

dean said...

bro, ada beberapa fakta perlu di perbetulkan:

1. kes pukul apis shit oleh nazi 'punk' - actually aku ada di sana & aku yg buat panggilan polis. sebaik nmpk segerombolan 'punk'(+/- 30 org; u know im not exaggerating right?) berlari melintas jalan ke arah kita dan attack apis, the best thing aku blh buat pd masa itu bkn melawan tp berlari ke arah kedai2 emas minta bantuan dan bila semua tercengang, minta pinjam telepon (zaman tu masing2 blm ada hp) utk call 999. 2 kedai aku masuk ignore permintaan aku. last2 kedai emas bwh klinik gigi sebelah anakku(?) yg benarkan aku telepon polis. tp rasanya it end well before polis dtg kan?

2. john mmg contact aku secara langsung slps dia tjumpa alamat (thus dia tau alamat rumah rakit yg rare tu) aku di dlm book yr own fucking life website (sources terbaik pd ketika tu utk contact international diy hc/punk scene). dr situ kami beremail2 dan aku invite ko turut serta utk jemput dia. oh ya, pudin were there too. ingt gesture john yg sgt sopan tu? "tangan di dada". so emo! haha... john mlm pertama stay di rumah mat pang dan mlm seterusnya stay di rumah rakit aku. firdaus joined us. john adalah vegan kental. tp sbb asia tour, dia consume telur & susu but dkt rumah aku dia terpaksa murtad sbb di paksa ayah aku mkn bawal sweet sour. gile sian. but he's really a great fren, out of respect to the host, he's willing to do that! :)

dean said...

bercakap psl fund, bukan utk riak @ bangga, tp mungkin at that time, diulangi, at that time... dlm masa 5-6thn lps, papakerma were among the most active diy label in malaysia and at times, we even had more than rm3,000 in our account. considering we were selling our stuff dirt cheap (with average production of 200 units per releases with profit of 50cent per cassettes) and makes no profit during gigs, it's great to look back at how we could actually able to lead our life in a d.i.y way. but then, once 'maturity' clock, mula get busy with other stuff, study, kerja, miserable love life, etc, many of the ideas generated left abandoned. sayang...

i think the purpose why nosc myspace di create and existence of this blog bukannya simply to look back at the 'glory' days and bragging about it, tp more as a reminder of what we as the young are able to do when we are in control of our own choice and by being innocence we were dare to challenge whatever norm yg diterapkan & applies things not only based on whatever doctrine thought but be creative & use our logic in every aspect.


sigh.