NO ONE SHOULD CRY part 2. Sedikit cerita cinta NOSC 1998 – 2001.
BY HAFEEZ AMAN.
Sambungan dari bahagian 1.
Melalui Sharifuddin Mamat, kami berkenalan dengan Gupa (gitaris Revenge of The Killer Germs), Nasir (Bassist ROTKG) dengan Affa (vokalis Phalanx Suffer). Ini diorang dari Tumpat. Masa tu ada juga geng skinhead dari Tumpat yang menamakan diri mereka Tumpat Revolters. Haha. maka kawan kawan kami dah bertambah dan makin ramai. Disini juga kami berkenalan dengan 2 orang gadis manis iaitu Manisah dan Moy yang memang selalu lepak dengan kami.
Nik Ikhwan (Boisterous newsletter, Freedom Junkie newsletter) juga kami kenal time time ni.
Time tengah best best lepak sambil minum Nescafe o ais dengan nasi Air RM 1 dekat kedai Mak dekat Parking tu, maka terperasan lah kami akan dua orang jejaka misteri yang asyik dok usha usha kami dari dekat tapi tak tegur. Rupanya jejaka-jejaka itu adalah Aizuddin (Mirror of Mind Newsletter, vokalis Shabra Shatila, At least I Speak) dan adiknya Aizi.
Firdaus (Elevator to hell Newsletter, A Piece of Peace, vokalis Shabra Shatila, Natrah) dengan rakan serumah dia Ben Khairilza (State Of Mind) pula kami kenal selepas itu. Selalu lepak dengan kami. Budak dua orang ni dari Pahang menuntut di sekolah Agama Darul Anwar di Pulau Melaka. Firdaus ini masa tu tangkap cintun dengan Moy tapi Moy tak layan dia sebab Moy suka pada Gupa. Hahaha cinta tiga segi. Hahahah. Lalu firdaus membawa hati yang parah ke Mesir selepas itu.
Nazier (papakerma distro, Tears of Mine newsletter, guitaris Shabra Shatila) pula aku kenal masa dia dan kawan kawan dia nak buat fanzine The Bus. Aku rasa dia pun tak ingat ni. Hahaha. Kawan-kawan si Nazier ni rupanya junior aku kat sekolah menengah. Ramai juga budak-budak yang berminat dengan gejala subversive punk hardcore kat sekolah aku ni rupanya. So aku macam dijadikan bahan rujukan dan dikira macam otai lah. Muahahaha. Nasib baik aku tak suruh diorang panggil aku Abang Long. Miahahaha. Tiap-tiap bulan kutip duit perlindungan punk hardcore. Hehe.
Maka selepas itu amat meriahlah scene Kota Bharu buat seketika dengan pelbagai aktiviti punk HC. Sehingga terkenallah ke seluruh Malaysia bahawa Kota Bharu rupa rupanya ada scene dan ada pemuda pemudi punk HC. Ini adalah sekitar 1998 sehingga 2000. Sebelum tu pun memang pernah ada rentetan budak budak luar yang buat band di KB. Salah satunya Hostile Discrace. Tempat orang buat gig selalunya dekat satu dewan dekat PCB. Aku tak tahu nama dewan tu sebab aku tak pernah pergi. Aku ni bukan kaki gig dari dulu. Kalau Tanya aku sekarang, Pauls Place pun aku tak tahu kat mana. Sigh.
Bersambung ke Bahagian 3.

No comments:
Post a Comment