04 October 2008

Introduksi:

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada teman-teman yang mungkin sengaja atau tidak sengaja membaca laman ini. Penulis ingin mengucapkan selamat datang kepada kalian. Sebelum kita menyusur dengan rencana-rencana yang bakal menjadi senjata-senjata fikir dan peluru-peluru minda yang akan memenuhi laman ini selepas ini, penulis ingin menyarankan agar laman ini dibaca dan ditelaah dengan minda dan pemikiran yang terbuka. Sebagaimana deskripsi yang tertulis diatas, laman ini diwujudkan atas dasar prinsipal, komunikasi bunuh kejahilan.

Laman Cintakan Aman ini adalah rentetan daripada sebuah newsletter yang penulis pernah terbitkan disekitar tahun 2000 dahulu sewaktu aktivitas subversivisme punk hardcore dan pergerakan politikal berhaluan kiri pernah begitu giat dihidupkan dinaungi payung Network Of Solidarity Collective yang merupakan sebuah kolektif anak-anak muda yang dimulakan oleh penulis dan rakan-rakan sewaktu masa dahulu. Cintakan Aman newsletter kekal bertahan sehingga tahun 2003 iaitu sehingga isu bercetak terakhirnya iaitu isu yang kedua belas diterbitkan sebelum publikasinya diberhentikan atas sebab-sebab yang apolitikal.

Oleh kerana edisi-edisi bercetak Cintakan Aman newsletter tidak pernah mempunyai tema-tema atau jalur-jalur yang khusus, maka rangka bebas yang lebih kurang sama juga akan diguna pakai didalam pengendalian laman ini. Namun pemberatan yang lebih spesifik akan diberikan kepada pendapat-pendapat personal politikal secara global serta penjelasan-penjelasan peribadi mengenai ideologi-ideologi tertentu akan sentiasa dititikberatkan.

Pendapat-pendapat yang bakal terkandung didalam laman ini adalah pendapat-pendapat peribadi neutral penulis tanpa sekongkolan daripada mana-mana parti ataupun apa-apa pergerakan politik non governmental berpartisan. Semoga laman ini mampu menjadi medan untuk anak-anak muda bertukar-tukar fikiran dan ideolog.

Komunikasi Bunuh Kejahilan!

1 comment:

Dhani said...

kawe dah print. ini malam kawe baca. esok kawe komen. hehe.