31 October 2008

SS DECONTROL - The Kids Will Have Their Say (1982)

Justify Full
Boston Hardcore. Diantara band yang paling aku minat dewasa ini. Lambat sikit aku tahu pasal band ni sebab masa diorang aktiv circa the early 80s pun aku baru nak belajar berjalan. Aku tahu pasal band ni pun melalui American Hardcore hasil karya Steve Blush since the band was heavily featured in both the book and the movie. Band ni adalah sebuah band SxE yang sangat militan and diorang lah yang start dengan ideology hardline dalam Punk Hardcore bersama dengan dua lagi band dari daerah Boston iaitu Negative FX ngan DYS.

Bebudak yang tengah berlari naik tangga tu adalah geng Boston Crew, iaitu crew HC yang sangat radikal dalam bab bab Straight Edge dan ketua diorang adalah gitaris dan primary song writer and lyricist SSD yang bernama Al Barile. Hardline punya SxE diorang sampai satu tahap ketuk tin arak dari tangan orang lain, even pelopor idea tersebut iaitu Ian MacKaye dan Minor Threat pun tak macam tu.

Musically, ini antara prototype terawal band-band hardcore yang main muzik dengan chord chord yang grim dan jahat berbeza dengan band band hardcore lain yang sezaman dengannya yang lebih kepada bluesy chords yang aku takleh masuk sangat. Album ni memang heavy, walaupun album kedua mereka selepas tu tak berapa best sebab diorang perlahankan tempo but still untuk semua yang claim diorang HC kena cari album ini sebagai koleksi sebab album ni memang klasik hardcore terbaik.

Band ni berpecah pada tahun 1985. Al Barile buat satu band baru iaitu Gage yang main rock ala ala grunge. Memang seattle sound habis. Malah dia punya vocalist pun cam Chris Cornell rip off. Sucks big time.

30 October 2008

Dilema Si Punk Kental:

Salah satu daripada kesilapan mereka mereka yang kononnya memahami Punk secara idea dan counter-culture adalah penentangan terhadap establishment. Punk bukanlah semata mata penentangan terhadap establishment tetapi kebebasan dan kemerdekaan untuk berfikir tanpa dibatas oleh apa-apa ideologi.

Pemilihan parti untuk disokong adalah kebebasan untuk berfikir tetapi tidak memilih mana-mana parti dan masih terus berpolitik adalah lebih punk daripada yang sebelumnya. Kegagalan para punks yang berpolitik adalah apabila mereka menyangka bahawa punk perlu menentang establishment dan menyertai perjuangan politik pihak yang satu lagi sedangkan pihak yang satu lagi juga tidak lebih daripada satu lagi bentuk establishment yang ditunjangi kepentingan individu-individu tertentu.

Sesetengah parti politik menggunakan provokasi rakyat sebagai daya tarikan simpati umum terhadap perjuangan mereka. Penulis mengambil contoh Reformasi. Reformasi hanya lah sebuah retorik yang mempergunakan intimidasi rakyat untuk mendapatkan sokongan daripada umum. Perjuangan tersebut adalah berbentuk kepentingan peribadi yang mana kepentingan tersebut dipadamkan oleh establishment sehingga menyebabkan individu tersebut bangkit bagi menuntut haknya untuk menjadi individu paling berkuasa di Malaysia. Keadaan tersebut masih lagi berterusan sehingga ke hari ini.

Kenapa kita gagal untuk membezakannya? Kerana kita merasakan bahawa Punk adalah penentangan terhadap establishment semata-mata.

29 October 2008

Hartal Utusan:

Mereka-mereka yang mempunyai pemikiran sempit berada dimana-mana sahaja tidak kira didalam parti yang memerintah mahupun dikalangan parti yang tidak dapat memerintah dan terpaksa membangkang selama beberapa tahun, disamping memberi janji-janji melalui media yang kononnya alternatif yang dikawal oleh kepentingan mereka ini.

Mereka-mereka yang berfikiran sempit ini lebih menonjol apabila perlakuan-perlakuan yang didorongi kepentingan (ataupun secara retoriknya kita namakan dia sebagai perjuangan) politik mereka mula dilihat dan dinilai orang ramai. Kepada yang ingin melihat itu sebagai perjuangan maka ia tidak akan mampu melihat kepincangan dan cacat cela walaupun setidak cerdik mana pun satu satu keputusan itu.

Hartal Utusan adalah perlakuan reactionary yang berlaku didalam kepanasan keadaan. In the heat of the moment bak kata penjajah. Pemboikotan akhbar-akhbar arus utama bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah berlaku sejak dari tahun 1998 dan seterusnya apatah lagi ketika Malaysia dilanda gelombang (perjuangan?) reformasi.

Tetapi kenapa masih terdapat kelompok-kelompok yang tetap membeli akhbar-akhbar arus utama ini. Maka berkatalah para pemimpin-pemimpin didalam absurditas teragung mereka, bahawa ramai lagi yang membiarkan diri mereka dipermainkan oleh akhbar-akhbar arus perdana. Kononnya lah.

Sayangnya harakah dan berita keadilan tidak mempunyai segmen sukan. Kerana para editornya menganggap semua rakyat Malaysia hanya mahu membaca tentang politik. Kasihan.