03 July 2010

To The Good Old Days:

Diam tak diam dah dekat 12 tahun berlalu sejak aku bertungkus lumus menerbitkan isu pertama Fanzine Abstained Agogo dari meja buruk aku di No.60 kampung Lundang Paku, Kota Bharu Kelantan. Dengan tulisan tangan yang ala ala kemas, cover depan gambar mr.bean (isu 3), jual RM2 plus stamps yang selalunya boleh di recycle ataupun tolak secara pukal dekat distro-distro (ya, dulu ada benda namanya Distro sekarang dah 99% pupus) yang berminat. Setiap negeri akan ada satu distro paling kurang, jadi network tu besar.

Daripada aku berseorangan menulis sehinggalah Azril Kekuda Grind Kedai Piah yang pada masa tersebut merupakan seorang skinhead yang berdedikasi menyertai aku sebagai co editor dan sehinggalah Faisal terbang bebas, seorang peace punk yang radikal terbang dari Penang untuk turut menyertai keluarga Abstained Agogo.

Pada sekitar tahun 1997-1998, hanya ada fanzine aku dan juga fanzine Jera iaitu the infamous CorePack fanzine, nama yang kononnya diambil dari perkataan melayu "Kopek" yang membawa maksud "membuka". Seperti mengopek (pealing) buah durian. Pada hal memang intentionally nama tu sebenarnya a nod to female breast atau pun buah dada wanita. Ya. Kopek juga bermaksud buah dada dalam bahasa kelantan.

Daripada dua fanzine hasil mengarut dua orang budak sekampung (ya, saya dan jera sekampung) ini akhirnya bercambah menjadi satu scene punk hardcore yang lebih kurang ala ala utuh dan jitu. Bukanlah ingin mengambil kredit sebagai pengasas scene DIY punk hardcore di Kelantan, tetapi kehadiran dua fanzine ini sedikit sebanyak menjadi pembuka lembaran punk hardcore scene yang lebih signifikan di kelantan. Terima kasih kepada kewujudan kolum Blasting Concept didalam akhbar sisipan The Perfect Pitch didalam akhbar The Sun yang dikelolakan oleh encik Joe Kidd pada waktu itu, umum akhirnya mengetahui bahawa ada fanzine yang dikeluarkan daripada Kelantan.

Selepas itu aku dapat tahu ada fanzine fanzine baru yang diterbitkan seperti DonGan Zine yang diusahakan oleh seorang skinhead yang bernama Jarl. Scene skinhead di Kota Bharu pada waktu itu memang sudahpun agak kuat dengan Kota Bharu Rebel Squad dan Tumpat Revoltersnya. Kelompok kelompok ini sentiasa dapat dilihat berjalan beramai ramai lengkap dengan gear skin head lengkap mereka i.e. dengan Doc Marten nya, Fred Perry nya, Everlast nya, Ben Sherman nya, Suspenders nya dan rambut botaknya, pada setiap hari sabtu. Tali boot either putih (for no racism) atau merah (for patriotism).

Selepas itu aku jumpa lagi seorang editor daripada Pasir Mas yang belajar di UITM Sham Alam. Brader tu sanggup datang rumah aku untuk bertemu mata. Sayang sekali aku dah lupa nama fanzine nya. Yang aku ingat, dia ada interview dengan band Naga Berapi dari Shah Alam.

Dari situ juga aku mula mencari warga punk rock lain yang berada di Kota Bharu. Aku dapat jumpa Nik Ikhwan yang menulis Life is Funny newsletter. Sebelum Life is Funny, Encik Nik tulis B-oi-sterous newsletter. Aku dapat jumpa juga Hisham (Ise) dan Hapis Shit yang tulis fanzine bersama, Sayangnya aku lupa juga nama fanzine diorang (dah ingat, nama zine dia Noi Fanzine-ed).. Lepas tu jumpa satu fanzine dari mamat yang bernama Kunin. Nama fanzine dia pun aku dah lupa. Dan ramai lagi yang aku sendiri pun dah lupa (it was like 12 years ago man, cut me some slacks here). Ramai yang masih lagi follow scene ni dan ramai juga yang berhenti. But it was fun indeed.

Daripada penglibatan aku dalam dunia penulisan fanzine punk hardcore ni aku dapat kenal ramai orang didalam dan luar kelantan. Some of them aku dah lost contact, which is very unfortunate lah and a few of them masih lagi menjadi kawan kawan baik aku sampai ke hari ini.

The good old days.

26 June 2010

Cintakan Aman Dua Ribu Sepuluh:

Assalamualaikum kepada aku yang merupakan pembaca tetap blog ni. Kalau ada orang lain yang terbaca blog ni maka salam tersebut turut ditujukan kepada saudara atau saudari. Lama betul tak menulis dalam blog ni. Hampir aku terlupa tentang kewujudan blog cabuk ni. Tapi setiap kali aku teringat kenangan-kenangan punk hardcore aku bersama rakan rakan baik aku masa kat Kota Bharu Kota Muslimcore tu, sekali sekala aku akan membelek blog ni.

Malas betul aku nak tulis sambungan entri pasal NOSC walaupun sebenarnya berlambak lagi cerita-cerita yang boleh aku tulis. Tapi macam tu lah aku, sejak dari zaman buat Abstained Agogo fanzine dengan Azril Kekuda Grind Kedai Piah dan Dhani Ahmad Faisal lagi memang perangai aku sedikit malas. Tak macam bila aku mula-mula kenal Punk Rock dulu. Setiap hari tulis esei pasal revolusi dan menghancurkan kapitalis. Sekarang dah tua, jadi api anarko tu dah mula padam sikit sikit. Aku lebih senang jadi conformist. Kalau aku versi 12 tahun dulu jumpa aku versi sekarang ni, mungkin aku kena stone cold stunner ataupun Piledriver.

[Nota tengah: Apa itu conformist? A conformist is someone who "conforms", falls in line with, or adapts themselves to what a society or group either expects of them or to what is most common in said society or group - Answer.com]

Walaupun aku dah jadi conformist, aku hanya conform untuk mengelakkan konfrontasi. Malas nak berdebat-debat pasal rasuah la, penyelewengan la kejadah la. Tapi ironinya lebih ramai jadi konformis dalam dunia mereka sendiri. Punk Rock kata ini adalah zalim maka ramai lah yang terloncat-loncat nak menentang la nak berdemo la, sedangkan sesetengah tu tak tahu apa pun. Mereka mungkin boleh bersyarah panjang lebar tentang sesuatu ketidakadilan pada muka (surface) tapi pada dasarnya, asas serta sebab dan musabbab pun tak tahu. So aku malas. Tak membangunkan intelektualisme aku, buang masa dan hanya bikin fucked up aje. Baik aku berdebat pasal system dengan awek aku yang tak punk rock tu je.

Semua orang boleh kritik itu dan ini tapi tak banyak yang memberi cadangan macam mana cara nak menyelesaikan sesuatu perkara. So why bother?

Aku ingat lagi dulu, zaman zaman reformasi ramai betul rakan rakan punk rock yang keluar ikut demonstrasi. Baguslah, mereka buat apa yang mereka pegang dan percaya. Tapi bagi aku reformasi hanyalah bullshit. Anwar Ibrahim dari dulu sampai sekarang pun penuh bullshit. Tak kata pun kerajaan sekarang ni bagus tapi Anwar dengan kroni-kroni dia lagi bullshit dari kerajaan sekarang. Ahli politik sama aje. yang ini hitam yang itu putih, yang kelabu asap rakyat juga. Orang muda Punk Rock tak sepatutnya diperkudakan oleh ahli politik baik hitam ataupun putih. Tapi itu bagi aku je lah.

Aite. Till the next time ataupun setiap kali aku rasa nak tukar layout blog, kita jumpa lagi.

KOMUNIKASI BUNUH KEJAHILAN.

15 April 2009

KONTRA KOMUNAL:

Lama tak menulis kat sini. Rindu untuk menulis entry entry dengan gaya bebas tanpa terbatas dengan formaliti. Formaliti adalah dogma. Dogma adalah tak cukup anarki. Kami mahu anarki! hahaha.

Teringat pulak satu band pop yang aku tubuhkan bersama Faisal dan Bujir pada tahun 2003-2004 kot. Masa tu aku belajar di Gombak, dan secara kebetulan Dhani Faisal pula tinggal di Gombak dan belajar disebuah institut berhampiran. Nazier pula belajar di Uniten sekali sekala balik ke Melawati dengan Satria Birunya. Kononnya band politikal pop ini ditubuhkan sebab kami masa tu terpengaruh dengan band-band indo pop yang baru nak menyerang tanah Melayu. Masa tu kalau tak salah aku hanya ada beberapa band saja.

Paling prominent adalah Sheila On 7 la. Album kisah klasik untuk masa depan tu bagi aku tetap album terbaik SO7. Bunyi yang tidak terlalu mainstream, poppish dan riang. Lepas tu ada Jikustik, Gigi, Padi (Nik Ikhwan kata kalau Padi ni nyanyi dalam bahasa Inggeris, boleh disamakan dengan Radiohead. Farfetched tapi masa tu aku setuju je) dan Dewa 19. Jangan lupa Shaden, Bujir minat betul dengan band ni terutamanya vokalisnya yang comel iaitu Nuri. Punk rock! Dunia belum berakhir.

Band-band Gaypop seperti PeterPan, Cokelat, Ungu atau Samson masih belum femes. Campur dengan sedikit eleman JRock dari Glay kerana Bujir minat betul dengan Glay. Oleh sebab dia ni, aku pun jadi peminat Glay sampailah saat aku discover XJapan dan sekutu sekutu Visual Keinya yang lain.

Aku bertindak sebagai pemain drum yang kental dan gagah sambil sekali sekala menyanyikan nyanyian belakang secara harmoni. Nazier pula bertindak sebagai pemain gitar dan Dhani pula bertindak sebagai penyanyi.

Seperti biasa, semua kumpulan-kumpulan yang aku masuk tidak pernah memainkan lagu cover. Kami mencipta lagu sendiri yang seingat aku hanya ada dua. Liriknya ditulis oleh aku dan faisal dengan penuh puitis dan juga politikal. Seingat aku salah satu tajuk lagu kami adalah Absurditas Teragung dan juga satu lagu yang aku hanya ingat sebagai lagu Bocah Cilik. Memang indo habis!! haha.

Selepas itu kami berura ura untuk menukar nama kumpulan ini kepada satu nama yang aku perasan ada satu band dah pakai. Forget Me Not. Lepas tu disebabkan kesibukan akhirnya band ni terbubar dengan sendirinya.