15 April 2009

KONTRA KOMUNAL:

Lama tak menulis kat sini. Rindu untuk menulis entry entry dengan gaya bebas tanpa terbatas dengan formaliti. Formaliti adalah dogma. Dogma adalah tak cukup anarki. Kami mahu anarki! hahaha.

Teringat pulak satu band pop yang aku tubuhkan bersama Faisal dan Bujir pada tahun 2003-2004 kot. Masa tu aku belajar di Gombak, dan secara kebetulan Dhani Faisal pula tinggal di Gombak dan belajar disebuah institut berhampiran. Nazier pula belajar di Uniten sekali sekala balik ke Melawati dengan Satria Birunya. Kononnya band politikal pop ini ditubuhkan sebab kami masa tu terpengaruh dengan band-band indo pop yang baru nak menyerang tanah Melayu. Masa tu kalau tak salah aku hanya ada beberapa band saja.

Paling prominent adalah Sheila On 7 la. Album kisah klasik untuk masa depan tu bagi aku tetap album terbaik SO7. Bunyi yang tidak terlalu mainstream, poppish dan riang. Lepas tu ada Jikustik, Gigi, Padi (Nik Ikhwan kata kalau Padi ni nyanyi dalam bahasa Inggeris, boleh disamakan dengan Radiohead. Farfetched tapi masa tu aku setuju je) dan Dewa 19. Jangan lupa Shaden, Bujir minat betul dengan band ni terutamanya vokalisnya yang comel iaitu Nuri. Punk rock! Dunia belum berakhir.

Band-band Gaypop seperti PeterPan, Cokelat, Ungu atau Samson masih belum femes. Campur dengan sedikit eleman JRock dari Glay kerana Bujir minat betul dengan Glay. Oleh sebab dia ni, aku pun jadi peminat Glay sampailah saat aku discover XJapan dan sekutu sekutu Visual Keinya yang lain.

Aku bertindak sebagai pemain drum yang kental dan gagah sambil sekali sekala menyanyikan nyanyian belakang secara harmoni. Nazier pula bertindak sebagai pemain gitar dan Dhani pula bertindak sebagai penyanyi.

Seperti biasa, semua kumpulan-kumpulan yang aku masuk tidak pernah memainkan lagu cover. Kami mencipta lagu sendiri yang seingat aku hanya ada dua. Liriknya ditulis oleh aku dan faisal dengan penuh puitis dan juga politikal. Seingat aku salah satu tajuk lagu kami adalah Absurditas Teragung dan juga satu lagu yang aku hanya ingat sebagai lagu Bocah Cilik. Memang indo habis!! haha.

Selepas itu kami berura ura untuk menukar nama kumpulan ini kepada satu nama yang aku perasan ada satu band dah pakai. Forget Me Not. Lepas tu disebabkan kesibukan akhirnya band ni terbubar dengan sendirinya.